Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 5, 2015

Sawang..bersawang dan seangkatan dengannya

Assalamualaikum w.b.t,

sebelum tu mari lerrr kita bersihkan sesawang yang dah banyak kat blog ini. kenapa azi menyepi? last post pun masa November 2013.

KENAPA???? KENAPA??? KENAPA???


2013 adalah tahun yang tidak akan dilupakan oleh azi. 2013 adalah tahun yang sangat menyedihkan bagi azi, babah dan seluruh keluarga azi. 2013 adalah tahun yang perasaan itu tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Ya mungkin ada yang kata "alah.. dah 2 tahun dah berlalu..move on laaa.", "alaaaa benda lama buat apa nak dikenang", dan paling worst apabila ada yang mula menghukum kita dengan mengatakan "jangan lah nak menangis je or sedih je.. tak redha la tu dengan apa yg berlaku..terseksa nanti orang kat sana".. 

 Awak..awak.. awak..dan awak sekalian yang diluar sana.. jangan mudah berkata-kata. jangan mudah menghukum orang sebab kita tak tau kekesalan apa yang mereka hadapi sehingga mereka berbuat sebegitu..rakyat Malaysia atau senang cakap orang islam kita sendiri mudah menghukum orang..

apa yang berlaku pada 2013.. akan azi cerita bila azi dah kuat untuk cerita..walau sudah 2 tahun berlalu..tetapi kehilangannya sehingga sekrang masih terasa.





take care.

lots of love,
aziah abdollah





Thursday, November 21, 2013

Setelah sekian lama

Assalamaualaikum,

perghhh akhirnya kembali bersiaran..tapi tak tahu nak write up tentang apa...story?banyak sangat sampai tak tahu nak cerita mana satu..kerja?lagi lah banyak..ermmm mngkin blog ini hanya akan di update bila ada kelapangan yang betul-betul lapang.. dan mungkin akan difokuskan kepada perkara-perakara tertentu je contoh review novel, cerita berkenaan family dan diri cik blog sendiri..

okeys la nak sambung buat kerja sebelum angin puting beliung datang..

Annyeong...





Wednesday, June 26, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Hai semua,


Pagi yang gelap kini sudah cerah... Alhamdulillah syukur Allah turunkan hujan semalam dan bumi Malaysia dibasahi hujan dan sekaligus menghapuskan debu2 jerebu yang menutupi Malaysia sejak seminggu kebelakangan ini... syukur Ya Allah.. :D

Alhamdulillah juga akhirnya cik blog dah dapat kerja..even as a kontrak staf tapi still rasa bersyukur sangat dan.., dan... dan... cik blog dapat kerja dalam UTM juga... huahahahahhahahaah nampaknya UTM dan cik blog tidak dapat dipisahkan..or JB dan cik blog tidak dapat juga dipisahkan... dan cik blog belajar menerima hakikat.. yg mungkin rezeki cik blog memang bermula dan berada di UTM.. aishhhh banyak lah pula perkataan 'dan'  dalam entry kali ni.. hiks hiks hiks..

Dalam kita gembira dalam cik blog suka dapat kerja..cik blog juga sedih nak tinggalkan INN kawan cik blog kat fakulti computing nie.. termasuk lah dayah, lina dan semua staff pentadbiran fakulti computing.. sobs sobs sobs.. takpe lah cik blog still dalam UTM dan In Shaa Allah kita boleh berjumpa lagi...

okeys sampai di sini saja entry kali ni... nanti kita chat2 lagi.. sape nak follow cik blog kat instagram follow la ye.. aziahabdollah.. hiks hiks hiks hiks..




ok bye,

Annyeong
aziah





Saturday, June 8, 2013

Mode: mencari kerja

Assalamualaikum,

Annyeong semua!!

Sorry ler lama x berupdate.. Sekarang ni cik blog dalam proses mencari kerja... Almaklumlah dah konvo sekarang time cari kerja la pula.. Tapi for the time being cik blog kerja kontrak dengan UTM sekejap as a penyelidik.. Cik blog nak jadi pensyarah tapi buat masa ni belum lagi ada rezeki.. Tapi okeys la klu dah memang rezeki cik blog kat bahagian pentadbiran bukan academician...

Untuk dua tiga bulan ni cik blog hanya submit application n pergi interview.. Bila ada masa terluang kat rumah, cik blog guna sepenuhnya untuk berehat dan tolong makcik cik blog apa yang patut. Kerja kontrak sekarang nie? Bosan dan bosan dan bosan lagi.. Kenapa? Sebab bulan ni project leader cakap lain dan tak payah susah tunggu bulan lagi satu, cukup beri dia masa 2 or 3 hari confirm lain pula yang dia cakap.. So it's time to find another job which is better and cik blog suka..




Okeys la berhenti sampai sini.. Cik blog kurang sihat dan mahu sambung lipat baju yg dah membukit.. Hihihi okeys bye

Annyeong,
Aziah





Tuesday, April 30, 2013

Graduation Checklists

Assalamualaikum dan Hello


hew hew hew hew... fuh fuh fuh... maaf ler buang habuk dan sarang lelabah kat blog nie jap..huahahahhahhahahahahhaha...

okeys just nak share checklist tuk convocation...YIPPIE!!!!!! dah konvo means dah grad means dah bukan student lagi..YAHOO!!!!!! Alhamdulillah!!! syukur sangat2... checklist ni hanya untuk peringatan cik blog yang sekarang nie semakin pelupa (erkkkk adakah faktor umur yang makin meningkat?...huaaaaaaaa)

Gradution cheklists cik blog:

1. Sah kan kehadiran - checked

2. Bayar Yuran konvo RM250 - checked

3. Jawap Kajian Tracers Study - checked

4. Ambil Jubah - checked

5. Ambil family potrait - 4 Mei 2013

6. Bayar duit gambar pentas - 6 Mei 2013 kot



ermmmm apa lagi ek..itu je kot setakat nie...klu de lagi nanti tambah ler cik blog.. hope ni bukan konvo yg terakhir..hope diberi peluang untuk sambung PhD... InsyaAllah..




annyeong,
azie





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...