huhuhuhuhu duk lalu lalang menjenguk blog-blog yang dalam list.. sekali hati terus tersangkut atau dengan kata lain terpikat dengan entry kien kawan merangkap jiran sebelah rumah masa duk TTDI dulu..tapi sekejap je kami sempat berjiran.. nak tau tak apa entry dia sampai leh tersangkut tu... entry pasal drama Ariana Mikhail..buka-buka entry kien terus eh eh Nora Danish (terus teringat drama 'Tentang Dhia'..hehehehehe) pastu tengok pula hero dia eh eh Sein (terus teringat lakonan dia kat dalam AdamMaya yg sweet tu)..hohohohohoho..terus macam drama apa ni?nak tengok lah.. search punya search since kat tonton tak leh nak tengok episod 1 dan 2..ada ke suruh azie beli baru boleh tengok..terus la cari link lain tuk tengok drama..sekali jumpa la kat MalayMoviesFull...perghhh tak agak-agak kan azie..berusaha mencari dan terus marathon pagi semalam tengok episod 1 hinggga 12...hahahahahahha dah kata student confirm lah banyak masa kan..kuikuikuikuikui...okeys drama dia de sedikit slow sikit tapi not bad.. :)
Tapi kan...tapi kan..tapi kan...azie lebih terpikat dengan lagu ost dia..hahahahaha..yang sammy(ex-kerispatih tu nyanyi)..first azie tengok drama ni terus azie macam..eh eh suara sammy kerispatih..dia nyanyi ke?dia dah keluar dari penjara ke?ini ke lagu yang dia buat dalam penjara tu? betul ke kerispatih dah buang dia? WAHHHHHH hebat nya azie semuanya dia nak tahu dan semuanya dia tahu...poyos giler kan azie nie...terus tengok episod satu sampai habis..tengok kat yg last sekali kalau habis drama mesti de keluar siapa yang nyanyi semua kan..tengok-tengok betul tapi dia nyanyi solo..terus cari youtube dan download mp3..hahahahahhaha tak boleh blah kan azie nie..since chu (makcik azie) pun minat dia..apa lagi share2 kat FB lah kan..hehehehehehehe...pastu jumpa lagi satu lagu dia yg best juga...weeeehooooooooooo seronok... jom azie share lagu sammy k...sebab azie suka lagu-lagu dia dari kerispatih lagi..rugi sebab kerispatih keluarkan dia..sebab sammy yang tulis lagu-lagu dia sendiri dan nyanyi sendiri even masa kat kerispatih pun...
okeys tak mau la cakap banyak-banyak jom layan lagu tu k...
Sedang Apa dan Dimana -ost drama Ariana Mikhail :)
huhuhu azie dah jatuh cinta dengan lagu ni...lagu dia best, sedap and menyentuh hati..biarlah tak paham bahasa korea...tp muzik dia best..first time dengar masa tengok citer "Take Care of Us Captain" terus jatuh hati...sebab bila dengar lagu ni pastu ada part yang dalam drama ni yang masuk dengan lagu nie..buat azie sedih dengar...huhuhuhu...jiwang gila azie ni...
moh ler tak nak cakap panjang-panjang..kita dengar lagu and tengok MV It's Cold ya...
gambar atas tu gambar princess masa baru sampai rumah azie...yg atas sebelum tu princess dah besar.. ketiga-tiga kucing kami mati dalam sekelip mati akibat dibunuh oleh anjing liar...tulang diorg patah sbb kena twist oleh anjing2 tersebut...sedih sangat-sangat sebab tiga2 tu kucing yang baik dan manja...ketiga-tiga kucing tu babah azie dah tanam.. becksy kt tepi rumah..snowy dan princess kat depan rumah..
khas buat snowy, princess and becksy...sebab tiga2 ada kenangan terindah dengan kami satu keluarga..
mimpi di siang hari sebab tu lah update blog hari nie...huhuhuhu...tetiba terasa lama sangat blog ni x dikemaskini (skema nye ayat cik aziah)..bukan tak nak update (not because i don't want but i'm very lazy and super busy)...ermmm first of all aziah nak khabarkan kat semua student yang kita dah dapat voucher buku 1Malaysia...dua hari berturut-turut lepas dapat voucher azie dan kawan-kawan menjalankan misi mencari kedai buku untuk dibazirkan voucher nie...tapi x de yang berkenan di hati...sebab kalau kurang dari voucher duit tu burn..kalau lebih dari voucher kena tambah duit sendiri (note di situ tuan empunya voucher adalah sangat kedekut dan berkira...hahahaha ).. last sekali keluar dari kedai buku tanpa hasil tangkapan.. :'(
inilah rupa bentuk voucher nya..give me an idea what should i buy..huaaaaaaaaaaaa poning-poning
cerita 2
kita dah download banyak cerita korea tapi tak sempat tengok habis lagi..baru tengok beberapa je..huhuhu...wahhhhhhh kenapa banyak sangat cerita korea yang best-best...antaranya:
Flower Boy Ramyun Shop...baru nak habiskan hari ni..sebab sebelum ni eng subs dia lambat sangat nak kuar..huhuhu
[Me Too Flower] dah habis tengok..boleh lah okeys lah..bagi 3 setengah bintang je..kuikukuikuikui
[Color Of woman] best sangat sebab Jae Hee berlakon dia baru comeback dari military..yeay!!! belum habis tayang di Korea.. :D
pun sama tengah tayang kat Korea lagi [Padam Padam]...azie dah tengok pai ep 12 sebab baru ep tu tayang kat korea...mula-mula ingat cerita ni x best tapi bila dah tengok cerita ni terus nak tengok je sebab cerita dia tentang pandangan orang ramai terhadap banduan..
owh nie lagi satu comeback dari Lee Dong Wook [Wild Romance]...cerita scent of woman best tapi slow sangat...mungkin sebab otak nie masih terpikir cara dia berlakon kat My Girl jadi bila berlakon Scent of Woman tu slow sangat x leh terima...hahahahhaha...jadi i'm looking forward for this drama.. :)
Heroin Boys Over Flower Berlakon [Take Care of us Captain]...tapi baru de subs untuk ep 1...harap cerita dia best..baca sinopsis macama okeys.. :)
okeys setakat nie je update...sebab x de idea nak tulis apa...huhuhu