Sila abaikan blog nie yang dah penuh habuk..habuk dia jangan cakap lah kannnnn penuh sampai tuan punya blog nie dah x tau macam mana nak bersihkan...hehehehehhe... ^_^.. Di sini cik blog nak wish Selamat Tahun Baru Masihi 2013..dan nak bagi tahu lah apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 dan apa yang cik blog nie harapkan untuk tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah..
2012
Cik Am yang kitorg sayang akhirnya kahwin bersama pilihan hati dan paling penting mendapat restu kedua belah pihak...
Pergi USS for the first time after 24 or 25 years tak jejak Singapore..huhuu lama kannnn..dan happy sangat...pergi USS dengan family chu dan macam-macam pengalaman masa nak buat passport..heheheh semua itu memori kan..
Dapat adik saudara baru yang diberi nama Zara Rizqin..wow sungguh comel okeys...seronok ada baby kecik leh main2..hehehehe
Kamera Samsung rosak..semua gambar dalam kamera belum transfer lagi..itu pasal lah blog nie sunyi je tahun nie....hehhehehehehe sorry.. errmmmm ada kah nak beli kamera baru?sempena tahun baru?tetttttttttt
Menyiapkan Thesis Master yang asyik tergendala sebab banyak nak kena betulkan dan proofread dan akhirnya pada 5 June 2012 azie submit thesis untuk viva voice or viva defense...heheheh suka dan syukur Alhamdulillah
Dapat panggilan interview dari UiTM Jengka untuk jawatan pensyarah pada 11 June 2012..dan berjaya ke peringkat seterusnya..Alhamdulillah
10 September 2012 dapat mesej dari shasha staf Posgraduate Office yang tarikh viva dah kuar iaitu pada 21 September 2012...wahhhh berdebar tau azie masa tu..macam-macam perasaan ada "takut, gementar, gembira, sedih" dan macam-macam lagi
21 September 2012 pun tiba dan ditemani kawan azie, Sina dan Nazeema... Perasaan masa tu?TAKUT!!!!!!!..tapi azie kuatkan juga semangat dan teruskan presentation viva..dan sementara tunggu keputusan keluar azie kena tunggu kat luar sebab diorg nak bincang dan masa tu mama azie call tanya lulus ke tak?azie x tau nak ckp apa azie terus nangis bila dengar suara mama azie sbb azie takut sangat masa tu azie akan gagal dan kecewakan mama..then bila masuk balik bilik meeting dan chairperson umumkan keputusan yang azie lulus dengan Minor correction 3 month azie terus menangis..ala mesti semua nak kata azie cengeng kan asyik nangis je..siapa-siapa yang ada bersama ngan azie sepanjang azie sambung Master nie tau kenapa azie nangis.. :) Alhamdulillah
Abang Emi bertunang pada 29 September 2012...dan orang paling gembira tentulah mama n babah...hope bakal 'kakak' ipar azie boleh menerima abang emi n keluarga kitorg seadanya...
21 Disember 2012.. thesis correction submitted..suka..suka..suka
29 Disember 2012 yeay dapat lagi adik saudara baru..kali ni anak Cik Am pula..yeay Cik Am dapat baby boy..yuhuuuuu suka..suka suka...
ermmm itulah cerita pahit manis kehidupan (BitterSweetLife) azie sebagai seorang hamba Allah, anak dan pelajar pada tahun 2012...huhuhu tapi macam semuanya seronok je..Alhamdulillah
2013
Hope 2 Januari 2013 akan berlalu dengan pantas dan semuanya berjalan dengan lancar dan internal examiner okeys dengan semua correction yang azie dah buat...Aminnnn
Hopefully, adalah company yang nak hire azie sebagai staff diorang..huhuhu banyak application yang dah dihantar tapi belum satu pun sangkut
Hopefully semua persiapan untuk majlis kahwin Abang Emi berjalan lancar..
Semoga tuan blog nie dipertemukan jodoh dengan orang yang dapat menerimanya dan keluarganya seadanya...
ermmm itu je kot untuk setakat ni..semoga ketemu lagi di entry yang akan datang (jika tuan blog free k) owhhh nak ucapkan thanks kat nuffnang and sesiapa yang sudi singgah blog nie sebab dapatkan CPUV untuk azie..mudah-mudahan tahun 2013 nie azie boleh cash out duit dari nuffang..thanks you all and love all of you..
lots of love,
aziah