Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 8, 2013

Assalamualaikum....


entry pertama di tahun 2013..tentulah ada cerita happy dan sedih..dah kata seminggu dah berlalu..tak kan la cerita happy je betul tak?..hehehhehehe dan abaikan blog nie yang tak de pic je memanjang... cik blog malas dan kamera tak de lagilah cik blog malas nak ambil gambar..betul x?hheheheh dan lagi satu mulai tahun nie tuan umah akan bahasa kan diri dia 'cik blog' untuk setiap entry yang dia upload..boleh kan..boleh kan..hehehehehe...okeys kita terus masuk pada cerita lah ye.. nak cerita sedih ke happy dulu? cerita sedih lah dulu sebab leh buang terus-terus perasaan sedih tu...dan terus happy je...hehehehhe

cerita sedih

cik blog x tau lah bagi reader cerita ni sedih ke tak atau "ala itu pun nak sedih"..tapi bagi cik blog ianya sangat2 sedih... okeys ingat tak cik blog pernah cerita pasal interview kat UiTM Jengka sebagai Pensyarah tu..okeys dengan rasminya tutup la cerita tu bila 31 Disember 2012 malam 1 Januari 2013 sebabnya cik blog tak dapat..dan dalam ramai 17 orang yang pergi second interview 2 orang je dapat dan yang lagi sakit hati lagi budak UiTM juga yang dapat..x pai 1/4 dari orang yang dia panggil tu dia terima sebagai staf dia...bagi cik blog kalau nak amik student dia awal-awal tak perlu panggil interview pun kitorg yang jauh nie.. tapi takpelah cik blog dah leh terima itu bukan rezeki cik blog dan mungkin memang tak de rezeki pun dengan U yang bernama UiTM nie...sebab dah dua kali pergi interview UiTM nie satu 'Tenaga Pengajar Muda' dan satu lagi 'Pensyarah'..dua-dua tak dapat... mula-mula masa mama bagitau tak dapat nangis juga lah..ye la dah belajar tinggi sekali satu kerja pun tak sangkut...yang sangkut duk lah kerja dengan bos yang banyak cekadak nieee itu pun part time je..dah ler bos ni asyik mungkir janji jer..nak naik gaji tak naik-naik..huh tension...

okeys itu cerita sedih..kita buang dia jauh-jauh..tak nak di ingat kembali lagi lah..


cerita gembira

oh yeahhhhhh cik blog dah dapat Master of Science (Computer Science) hah amik kau panjang nau namanya..hheheheheh walaupun surat senat lum kuar lagi..tapi alhamdulillah dah confirm..dannnnnnnnn internal examiner cik blog, Dr shafry adalah sangat-sangat baik orangnya..dan cik blog pun nak ucapkan rasa syukur sangat-sangat sebab selama setahun cik blog nak viva, submit thesis, tunggu viva, buat correction, submit correction dan sekarang tunggu surat senat..cik blog nye hubungan dengan supervisor baru semakin baik..cik blog suka sangat-sangat..syukur Alhamdulillah...hehehehehhehe

owhhhh tak sabarnya nak tunggu bulan 5 nie..insyaAllah konvo n hope dapat konvo ngan kawan2 yang lain..Sina, Bad, Chu, Yee Rouh dan Cindy...wahhhhh mesti best kan..heheheheeh


okeys sehingga berjumpa lagi di next entry..sekarang misi mencari kerja bagi tuan blog..yahhhhhhh job hunting...go go go....

ermmmm sebelum tu mari kita tengok gambar supaya semangat sikit nak kerja dengan bos cekadak dan misi mencari kerja...


.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
T.O.P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.


okey..bye...
aziah

.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...