Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, November 3, 2011

Butter Milk Doughnut

ermmmm Yummy!!...last saturday azie and cousin  buat doughnut...resipi azie dapat dari Kak Ros..1st time cuba dan semestinya hasilnya sangat memuaskan dan sedap.. doughnut dia pun sangat-sangat lah lembut okeys...hehehehe...tapi disebabkan dekat rumah makcik azie tiada segala peralatan yang mencukupi jadi donut nya tak adalah terbentuk bulat cantik sangat...just untuk sendiri makan boleh la..kalau untuk jual tak laku kot..hehehehehe..okeys jom layan pic dari kamera azie and resipi dari Kak Ros..thanks tu Kak Ros for the nice and delicious doughnut.. ;)..saya mohon share recipe nyer ye kak..thanks a lot



inilah rupa doughnut azie..kelakar giler..hahahahaha



ButterMilk Doughnuts
Original Recipe: rosmarlina @ jintanmanis.com
Telah dicuba oleh : aziah-azie @ BitterSweetLife

Bahan-bahanya
2 tspbaking powder
180 gram tepung roti (bread flour)
220gram tepung gandum (wheat flour)
2 tbsp susu tepung/skim milk
1 biji telur (egg) ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam (warm water)
1 1\2 tbsp marjerin@butter@shortening
3 tbsp gula (sugar)
4 gram yis ( 1 1/2  tsp)
3 tsp buttermilk ( beli kat kedai bakeri..tapi azie buat sendiri sebab kedai bakeri tu tak ada jual.. :()
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

- kalau dah buat buttermilk sendiri, kuantiti air suam@cecair yang 140ml tu boleh ditukar terus pada buttermilk, dan tepung roti tu juga boleh ditukar pada tepung gandum sahaja (tapi azie guna juga tepung roti cuma air tu memang azie tukar terus guna buttermilk yang azie dah bancuh sendiri..hehehhe).

ni doughnut yang dibentuk bulat2..hahahah buat shape ini more easier than yang ring tu...hehehehhe
ini hasil nya after dah salut gula..sorry lah azie tak reti nak deco..jadi hentam je lah..hehehehe..tapi kan kalau perasan..ada satu tu macam pelik sikit kan doughnut dia..itu azie letak filling chocolate...tapi letak pakai manual la..itu yang jadi macam tu..tapi sedap la..rase macam makan kat dunkin donuts plak..hehhehe..


okeys sekarang azie nak share recipe buttermilk plak..

Resipi Buttermilk

Bahan-bahan (Ingredients)

1 cup of milk (susu)
1 tbsp white vinegar or lemon juice (cuka putih atau jus lemon)

cara-cara

campurkan dua-dua bahan tersebut dalam satu bekas..then biarkan selama 5 minit..dan buttermilk sudah sedia untuk digunakan..heheheheh..senang kan...

okeys selamat mencuba semua..thanks again kepada Kak Ros @ jintanmanis...resipi akak memang sedap-sedap..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...