Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 11, 2011

"My Happiest Moment"

Kali ni, azie nak share saat-saat yang paling menggembirakan azie..ala bahasa omputih nya "My Happiest Moment". hikhikhik pasti semua orang tahu tapi saja je azie nak bagi tahu lagi dalam bahasa omputih tu.. ;) detik-detik menggembirakan ni berlaku 3 tahun lepas iaitu pada tahun 2008. pada masa tu azie berjaya menghabiskan degree azie dalam masa yang ditetapkan dengan keputusan yang boleh dibanggakan. azie tak akan lupa tarikh 16 Ogos 2008..dapat sijil dari Tuanku Zarith Sofea tau..susah nak dapat macam tu..peluang sekali seumur hidup..tapi yang itu tak ada gambar plak..sebab dalam dewan tak boleh ambil gambar..okeys jom kita tengok dulu keceriaan yang terpancar di wajah tuan punya badan yang sangat-sangat gembira dan eksited.

keluar dewan terus mata melilau cari family siap dengan senyuman yang paling manis dan lebar sekali.. ;)
dan orang yang paling gembira pada hari tu selain azie tentulah mama dan babah azie..Ya lah mama dan babah azie dah puas menangis sebab kan azie yang malas belajar masa sekolah dulu then masuk buat diploma kat YPJ kolej swasta pun azie belajar main-main. Jadi bila anak dia dah berjaya dapat degree tentulah mereka jadi orang yang paling gembira dan bahagia. Betul tak? Mana lah ada ibu bapa yang suka tengok anak mereka gagal. Hehehehhe. mana nak sangka dalam malas-malas berjaya anak dia mendapat degree.. ;)

okeys jom-jom tengok mama dan babah azie :D

azie bersama mama dan babah azie..woah dapat bear besar tu dari mama dan babah

okeys jom check it out gambar-gambar lain tak mau cerita panjang-panjang..gambar pun dah boleh ceritakan betapa gembiranya saat ini.. :)

dalam Dewan Sultan Iskandar bersama ex-roomate azie selama 3 sem kat  UTM Skudai, even kitorg lain-lain umur tapi  perangai gila-gila sama..senang cerita boleh ngam lah.. :)

azie dan parents dengan best friend azie..masa ni pagi-pagi..kitorg orang paling awal sampai..orang lain masa ni tengah sibuk daftar kitorg ber cam whore..hikhikhik

masa ni semua excited nak baling topi..tapi yang eksited orang belakang je..orang depan kenapa yek?ermmmm

Azie: Alamak mana mortarboard azie pergi..
kawan dihujung sana pun jawab: eh kau cari logo Happy Photoghrapy ke..ni de kat atas aku nie..hehehehe

abaikan keadaan sekeliling..biarkan dengan mereka-mereka yang berada disekeliling anda..yang penting muka kena ceria je masa ambil gambar tau.. :D

Azie: sina jom kita Happy Photoghrapy
Sina: Jom..jom..azie..aku suka nak ambil gambau nie. Tapi azie pandang mana tu?

last sekali setelah dah berpeluh-peluh semua muka dah tak larat tapi senyuman masih lagi terukir dibibir masing..betapa kitorg semua merasa gembira sangat-sangat pada hari tu.. 

Jadi apa lagi jom kita Happy Photoghraphy..inilah saat-saat manis dan menggembirakan yang tidak akan azie lupakan sampai bila-bila..
hehehehe sebelum azie terlupa..sebenarnya azie buat entry ni untuk masuk contest..contest apa?ala contest "My Happiest Moment" anjuran Nuffnang dengan Olympus..hadiah dia pun menarik tau..kalau korang nak join..jom lah join..sempat lagi ni..esok tarikh tutup dia tapi pukul 11.59pm..korang pergi kat link "My Happiest Moment" pastu korang ikut je langkah-langkah yang diberikan..azie pun first time cuba, tengok hadiah dia bukan boleh tahan lagi dah memang menarik. jom check it out hadiah-hadiah dia..

menarik tak?menarik kan..
jadi apa tunggu lagi.masih sempat lagi nie...thanks to Nuffnang sebab buat contest.. :D





1 comment:

Anonymous said...

happyyyy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...