Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 11, 2011

Entry Khas

Tiada kata yang dapat diucap..
Tiada reaksi yang dapat digambarkan..
Tiada rasa yang boleh diluahkan...
Semua itu tidak dapat menunjukkan kasih sayang aziah terhadap MAMA dan BABAH..Mungkin orang luar mengatakan aziah tak sayang pada mama dan babah..tapi biarlah rasa sayang ini hanya aziah dan Allah sahaja yang tahu..dan yang paling penting MAMA dan BABAH merasai kasih sayang aziah sebagai seorang anak kepada MAMA dan BABAH

yang kurus tinggi tu bukan babah azie..tu abang azie..masa ni babah azie de meeting kat Putri Pan Pacific JB..kira babah azie de kat JB tapi x dapat pergi konvo azie kat UTM Skudai.. :)

Terima Kasih kerana sabar menghadapi kerenah aziah ketika kecil dulu (saya adalah sangat nakal dan tak dengar cakap)
Terima Kasih kerana merotan aziah dikala aziah melakukan kesalahan (see..memang saya sangat nakal dan degil sampai kena rotan..ni bukan rotan biasa2 tau..hehehehehe..)
Terima Kasih kerana sabar dalam mendidik aziah baik dari segi pelajaran mahupun ilmu agama...
Terima Kasih kerana sentiasa memberi aziah semangat di saat aziah buntu dengan perjalanan Master aziah..
Jikalau MAMA dan BABAH tak lakukan semua tu..aziah tak akan berjaya seperti sekarang..kerana leteran MAMA dan BABAH lah aziah berada di tahap sekarang...Terima Kasih untuk segala-galanya

untuk MAMA dan BABAH aziah nak ucapkan

Happy Anniversary yang Ke 34 tahun

semoga mama dan babah sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan Allah..
semoga mama dan babah dijauhkan dari orang-orang yang sentiasa mempunyai perasaan hasad dengki dan busuk hati..
semoga mama dan babah berbahagia selama-lamanya..
semoga mama dan babah sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah...

Aziah sayang MAMA dan BABAH sangat-sangat..



lots of love;
aziah







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...